Sebagai owner Nilam Boutique KL, saya mewakili rakan-rakan dan partner saya yg menjayakan Nilam Boutique KL, ingin mengucapkan selama hari raya maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan dan pelanggan. Diharapkan salah silap kami dimaafi, insyallah kami akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan2 kami terutamanya.

Insyallah, kami telah menyediakan beberapa perancangan utk Nilam Boutique KL, telekung-telekung yang berjaya dijual sehingga habis dalam masa yg singkat sebelum ini, akan di”restock” dgn jumlah yang lebih banyak (tetapi belum lah sampai beratus-ratus pasang, kerana kami masih lagi baru). Dan juga telekung-telekung itu akan datang didalam pilihan warna yang lebih banyak kali ini. Nantikan ok.

Kemudian insyallah juga kami akan mengeluarkan product tudung dan pakaian umrah/haji. Doakan semuanya berjalan lancar, sementara itu bolehla kiranya memaklumankan kehadiran kami didunia busana muslimah ini kepada rakan-rakan taulan yang lain. Semoga kehadiran kami, dapat sedikit sebanyak membantu mengatasi kekurangan “stock” dari butik online yang lain untuk memenuhi “demand” dari pelanggan. The more the merrier!

Saya baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua saya pada 7 Ramadhan yang lalu, jadinya aktiviti saya sepanjang tahun ini dan tahun lepas adalah sedikit terbatas. Alhamdullilah, selepas ini saya sudah boleh bekerja dgn aktif semula, jadi nantikan kemunculan produk2 menarik dari Nilam Boutique KL selepas ini.

Enjoy few pictures of our latest products (telekung berwarna , scarves and abaya dress). Till next entry. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Selamat Hari Raya Aidilfitri”

  1. salam..berminat nak tgk ur collection of telekung colourful..can you pm me few pictures? nadirah_noorsham@yahoo.com

    [Reply]

    ladyimran Reply:

    Walaikumsalam, I dah email you on the day you leave your message here, but didn’t get any reply yet

    [Reply]

  2. Assalam dear… ada buat dropship tak utk telekung berwarna? Pls reply. TQ

    [Reply]

    ladyimran Reply:

    Dah reply. Check your email ok.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge